Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul kepada pengunjung dan pelanggan kedai saya yang tak seberapa ni....

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Umat Islam di seluruh dunia selalunya mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya...Umat Islam akan diberi diberi pahala dan dimuliakan jika terdetik niat untuk memuliakan hari Keputeraan Baginda...terdetik niat pon dah dapat pahala apakan pula klu dah mengadakan dan menghadiri majlis Maulidur Rasul..ianya bukan sahaja org perseorangan yang mengadakan majlis atau menghadiri majlis itu yang mendapat keberkatan tapi seisi rumah serta jiran tetangga serta seluruh orang yang tinggal dikawasan yang berdekatan akan dilimpahi kemuliaan dan keberkatan... Allahualam.... Best kan???:)

0 comments:

Post a Comment